Thursday, September 10, 2009

ASAL USUL RAJA BERSIONG


Seperti yang dijanjikan sebelum ini...so hari ni..kita akan mengikuti cerita raja bersiong....




Al kisah....maka tersebutlah kisah yang mengatakan raja bersiong ini berasal dari negeri kedah hal ini kerana ada cerita yang mengatakan istana raja bersiong ini berada di jitra, iaitu di kg bukit pinang.(http://www.dromoz.com/satellite/directory/?gps=1c461d7799cbec724ecf37956d4efc80&p=jitra) bleh lihat dalam map..



ini antara gambar yang sempat diperolehi...

apabila cerita tentang raja bersiong ini suka memakan darah sudah tersebar dikalangan rakyat maka takutlah si raja ini...lalu telah mengatur rancangan untuk melarikan diri, tetapi kemana beliau ingin menghilangkan diri? baginda telah melarikan diri di waktu malam menuju ke daerah baling,kerana di situ kawasannya bergunung ganang. dalam perjalanan menuju ke baling baginda telah singgah di satu tempat.pada ketika itu baginda sangat menyesal dengan perbuatannya lalu ini bertaubat.perkara pertama yang baginda ingin lakukan ialah mencabut siongnya.kemudian baginda mula memulas gigi siongnya,maka dengan perbuatan itu maka dinamakan tempat tersebut dengan nama Merbau Pulas. Kemudian baginda menyambung semula perjalanannya sampai disuatu tempat baginda telah membaling siongnya maka tempat itu dinamakan dengan Baling. Kemudiannya siong itu telah jatuh di suatu tempat dan tempat itu dinamakan dengan Siong .Tidak berakhir disini terdapat suatu tempat diantara baling dengan siong ialah Weng. Tempat ini dinamakan dengan weng adalah disebabkan semasa raja bersiong membaling siongnya maka keluarlah bunyi weng...weng...hah..sebabtu maka terdapat lah pelbagai nama tempat yang berasal dari cerita raja bersiong ini.

sebagai kesimpulan.aku rasa cerita ni dongengnya.sebab disokong oleh pepatah melayu, RAJA ADIL RAJA DISEBAH,RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH.Cerita ini mungkin hanya sebagai untuk memberi mesej bahawa kepempinan yang adil akan disanjung rakyat.sebenarnya ada cerita versi yang lebih tepat mengenai asal usul nama Baling itu..hal ini diceritakan oleh ahli sejarah negeri kedah sendiri...

2 comments:

  1. apesal mcm aku tetap xleh nk komen??
    *tcabar*
    ni btul2 mcabar kredibiliti aku selaku ratu spammer ni~

    ReplyDelete