Sunday, April 4, 2010

Kawan aku adalah saudagar..

Ekonomi sekarang semarin teruk atau semakin meruncing???adakah itu yang menjadi faktor kepada kelahiran-kelahiran saudagar di UTM ni....

hah meh sini pok cik nak crito....ada la kawan aku ni...Joe ngan Pitung...tgk la sendiri muka diorang...





yang bercermin mata tu...namanye pitung...yang botak tu...joe...dua orang mamat ni...dulu satu sekolah menengah...kamcing la kononnya...pastu sama2 masuk UTM...budak2 ni suka berniaga so diorang decide nak buka stall burger....uish meriah la stall burger budak2 ni...kadang2 aku pun tumpang makan je kat situ...pastu tak bayar....(raya nanti aku minta halal la...). biznez budak2 ni berkembang dengan pesatnya...macam bunga kembang pagi....tapi ye la kan...bunga kembang pagi...tengah hari kuncup la kan...sama la nasib budak ni....tak lama pun berniaga ada kut 3 0r 4 month macam tu...dah dapat notis kena tutup kedai atas alasan pengurusan harta bina nak buka tender baru...maka bankrup la budak 2 ekor ni....

selepas beberapa bulan mereka kembali dengan perniagaan baru iaitu menjual Shawl...bukan main bersemangat lagi budak2 ni...harap2 berjaya la...pasni boleh buka JP trading (Joe n Pitung)

aku kembali...

hallu....

kat sini ada anugerah blog paling tak aktif tak?....kalau ada aku nak masuk pencalonan la....rasa macam layak ja kan....dah 3bulan hah...aku tak update...tak sempat?bukan alasan....PSM?..juga bukan alasan PMS??...aku bukan dari golongan hawa....

sebabnya....malas....tak rasa nak tulis blog pun...leceh nak update sebab internet macam %$&*..opss kena sensored la kan...sebab blog ni declare "free adult contents"...so budak2 pun boleh baca...OK...tenet lembab...yela..mana ada duit..nak bayar duit broadband...nak beli modem pun tak mampu....so guna la wifi UTM...nah amik ko...free wifi UTM...tak yah bayar punya....

Benda free...mmg la macam tu kan...lagi banyak mau komen...baik ada dari tak dak...tapi macam mana pun...berjaya jugak la aku post kat blog ni kan....

acctually banyak nak cerita la...tapi...malam ni..aku nak tgk ABPBH....huray....nanti update lagi...

Tuesday, January 26, 2010

Transformasi Clubman PQ 7567

Mini ni masa beli dulu warna hijau...pastu berbumbung putih(menjadi kebiasaan untuk mini cat bumbung warna putih) bila dah hijau campur putih ditengah2 jadi lah buah mulut orang cakap PAS sponser ke?...minta maaf la bang...bapak i yang belikan yea...tak de kena mengena ngan PAS...2 tahun la jugak guna warna hijau ni....





Pastu ntah macam mana la kan...tiba2 bapak aku pn cakap "abah ingat nak tukaq kaler kreta mini ni la...boh warna pa cantik"dan tiba2 boleh plak uncle shah mencelah "boh warna merah la cantik" dan dengan nada yang lantang abah membalas "tak hinggin(teringgin) aku nak naik kalau mini tu boh kaler merah".....bagus la tu abah..tak yah la nek biar anak abah ni ja yang nek...boleh bawa gelfren pusing2.....

setelah brainstorm...abah pn telah mengambil keputusan muktamat mentransformkn mini itu...hasilnya....


warna oren yang dipilih oleh abah...tak pa la....boleh layan la jugakk....ni gambar masa dalam bengkel lagi...


bumbung tetap nak putih....mesti itu permintaan aku....ha..ha...

Thursday, November 5, 2009

Dilahirkan untuk menjadi guru

Nak dijadikan cerita...selepas abis matrik aku apply la borang untuk masuk ke IPTA...salah satu dari pilihan aku ialah Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan(Kejuruteraan Mekanikal)....dan diantara beribu yang memohon..aku layak untuk menghadiri temuduga untuk kursus tersebut...bukan nak bangga pun...tapi nak cerita jugak la...

Aku pn dengan senang hati pergi la ke temuduga itu...dan masuk bilik temuduga...5 orang sekali masuk...dan yang pastinya...calon2nye 4 orang perempuan dan aku lelaki yang masih teruna...(tak caya aku teruna?test la)...pastu bermula la sesi soal jawab...dan tiba kepada soalan yang terakhir oleh panel tersebut..."kenapa awak memilih UTM" soalan nampak simple...tapi aku nampak semua calon berkerut2 pikirkan jawapan....semuanye dengan jawapan yang telah tersedia dalam skema jawapan masing2...antara jawapannye"saya memilih utm disebabkan utm ini bagus dan bla..bla..bla.." ayat2 yang memuji....dan tibalah kepada aku untuk menjawab...ada gak terpikir nak puji..tapi 4 orang sebelum aku ni..dah cukup puji pasal utm...sampai panel pun dah kembang bontot(pungkok)...pastu aku pn dengan muka selamber menjawab "saya memilih UTM sebab cikgu saya dulu dari UTM jugak..dia cakap UTM ni..Universiti Tendang Menendang...oleh yang demikian saya akan belajar bersungguh2 untuk tidak ditendang" maka ketawalah si panel2 itu dengan jawapan yang agak boleh tahan kepoyoan...

selepas sebulan aku dapat tawaran untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan(Kejuruteraan Mekanikal). pelik la jugak...masa ni la baru kagum..pegi interview tak seberapa pn..rambut pn tak potong...rezeki la kut....akhirnya...belajar la aku di utm....dah final year pun...dan pada saat aku menulis ini aku masih lagi studen utm...dan akan menghadiri Kem BIG(Bina Insan Guru) pada cuti semester yang dimana hanya insan2 terpilih sahaja yang akan mengikutinya...seramai 80 orang dari 4++ student tahun akhir.....dan disini aku betul2 BANGGA....kepada rakan2 aku yang tak dapat pergi...aku bersimpati pada mereka...ha...ha...

Thursday, September 10, 2009

ASAL USUL RAJA BERSIONG


Seperti yang dijanjikan sebelum ini...so hari ni..kita akan mengikuti cerita raja bersiong....




Al kisah....maka tersebutlah kisah yang mengatakan raja bersiong ini berasal dari negeri kedah hal ini kerana ada cerita yang mengatakan istana raja bersiong ini berada di jitra, iaitu di kg bukit pinang.(http://www.dromoz.com/satellite/directory/?gps=1c461d7799cbec724ecf37956d4efc80&p=jitra) bleh lihat dalam map..



ini antara gambar yang sempat diperolehi...

apabila cerita tentang raja bersiong ini suka memakan darah sudah tersebar dikalangan rakyat maka takutlah si raja ini...lalu telah mengatur rancangan untuk melarikan diri, tetapi kemana beliau ingin menghilangkan diri? baginda telah melarikan diri di waktu malam menuju ke daerah baling,kerana di situ kawasannya bergunung ganang. dalam perjalanan menuju ke baling baginda telah singgah di satu tempat.pada ketika itu baginda sangat menyesal dengan perbuatannya lalu ini bertaubat.perkara pertama yang baginda ingin lakukan ialah mencabut siongnya.kemudian baginda mula memulas gigi siongnya,maka dengan perbuatan itu maka dinamakan tempat tersebut dengan nama Merbau Pulas. Kemudian baginda menyambung semula perjalanannya sampai disuatu tempat baginda telah membaling siongnya maka tempat itu dinamakan dengan Baling. Kemudiannya siong itu telah jatuh di suatu tempat dan tempat itu dinamakan dengan Siong .Tidak berakhir disini terdapat suatu tempat diantara baling dengan siong ialah Weng. Tempat ini dinamakan dengan weng adalah disebabkan semasa raja bersiong membaling siongnya maka keluarlah bunyi weng...weng...hah..sebabtu maka terdapat lah pelbagai nama tempat yang berasal dari cerita raja bersiong ini.

sebagai kesimpulan.aku rasa cerita ni dongengnya.sebab disokong oleh pepatah melayu, RAJA ADIL RAJA DISEBAH,RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH.Cerita ini mungkin hanya sebagai untuk memberi mesej bahawa kepempinan yang adil akan disanjung rakyat.sebenarnya ada cerita versi yang lebih tepat mengenai asal usul nama Baling itu..hal ini diceritakan oleh ahli sejarah negeri kedah sendiri...

Wednesday, September 9, 2009

kedai kopi

ntah macam mana,tiba2 aku rasa seronok plak nak menaip dekat blog ni...mungkin sebab aku baru buat..dan banyak idea yang belum dikupas..

sebelum ini malam2 asyik melepak kat kafe tapi kalau kat kat kampung kita panggil kedai kopi la...tapi disebabkan kat IPTA kita panggil cafe..tak kisah la cafe,kafe atau kedai kopi tapi yang utama ialah servis menyediakan makanan dan air...dan customer seperti aku dan rakan2 akan datang untuk melepak sambil bersembang...biasanye ahli mesyurat kedai kopi yang tetap ialah aku sendiri,joe dan sagat..walaupun hari2 berjumpa tapi banyak plak cerita nak kongsi atau diperdebatkan...

Bual kosong di kedai kopi adalah salah satu budaya masyarakat melayu yang sukar untuk dikikis...ada orang cakap membazir masa,duit dan air liur...itu tidak salah..setiap orang ada pendapat masing2,tapi jika kita melihat dari sudut positif..banyak gak idea2 yang dapat dari situ...contohnya...adakah anda-anda tahu tentang sejarah negeri kedah?Raja Bersiong asalnya dari kedah?he..he..nantikan episod seterusnya..ASAL USUL RAJA BERSIONG.

my mini

Kali pertama menulis blog...biasanya membaca blog saja...maccam mana hari ni aku bleh berminat nk tulis blog...tapi takde idea nak tulis...sedangkan psm(projek sarjana muda) tak plak rajin untuk aku buat...so untuk pertama kalinya aku akan memperkenalkan kereta mini aku...iaitu Mini Clubman...selalunya orang akan confius....orang akan cakap mini cooper...sedangkan kereta aku bukan lah mini cooper...walau pun mini cooper dan mini clubman dari syarikat yang sama tapi muka hadapannye berbeza...hal ini kerana designer iaitu roy haynes telah mengubahnya...

ini merupakan model mini clubman 1000


ini plak model mini cooper...kadang2 kat malaysia dipanggil short nose...sebab hidung dia pendek kut....he...he...tapi aku hidung tinggi...

Berbalik kepada mini clubman..terdapat versi 1275gt. Model ini mempunyai kapasiti enjin 1275cc. Kiranya lebih laju lagi la dari model keta aku...dan dilengkapi dengan twin karburetor...susah mau cari la...tapi sebenarnya..kelajuan tidak penting..yang penting glamour...aku naik mercedes bapak aku pn tak seglamour aku naik mini...he..he...